Friday, June 19, 2009

Kenangan Bersama Murid-murid P.Khas......

Majlis Sambutan Hari Lahir di McDonald




Lawatan Sambil Belajar di Taman Buaya, Melaka









SEJARAH PENUBUHAN PPKI

Program dibuka pada 1 Julai 2005. Murid-murid awal adalah seramai 5 orang , seorang guru tetap serta seorang guru sandaran.


FALSAFAH PENDIDIKAN KHAS

Pendidikan Khas di Malaysia adalah suatu usaha berterusan untuk melahirkan insan yang berkemahiran, berhaluan, berupaya, beriman, berdikari, mampu merancang dan menguruskan kehidupan serta menyedari potensi diri sendiri sebagai seorang individu dan ahli masyarakat yang seimbang dan produktif selaras dengan Falsafah Pendidikan Kebangsaan.


MISI

Menyediakan pendidikan berkualiti kepada murid-murid dengan berkeperluan khas untuk menjadikan mereka insan yang boleh berdikari, berjaya dalam hidup serta dapat memberikan sumbangan bakti kepada masyarakat dan negara.


VISI

Menyediakan perkhidmatan yang berkualiti kepada murid-murid dengan keperluan khas ke arah kecemerlangan hidup sejajar dengan hasrat Falsafah Pendidikan Negara.


OBJEKTIF PROGRAM PENDIDIKAN KHAS INTEGRASI BERMASALAH PEMBELAJARAN:

Program Pendidikan Khas Integrasi SMK Tun Tijah diharap dapat:

a. Menyediakan peluang dan kemudahan pendidikan untuk murid-murid berkeperluan khas.
b. Menyediakan pendidikan yang sesuai dengan tahap setiap murid berkeperluan khas.
c. Menyediakan peluang untuk mencungkil dan mengembangkan bakat serta potensi diri murid berkeperluan khas.
d. Menyediakan bahan-bahan yang mencukupi dan terkini bagi proses pengajaran dan pembelajaran.
e. Memberikan pendidikan kemahiran kepada murid berkeperluan khas bersesuaian dengan tahap kebolehan mereka.